Tuesday, 27 December 2011

Penangan Nasi Ayam Gemas Hj.Mustafah di Parit Raja

Salam semua. Dah lama tak update dek kerana menyiapkan tambunan assigment sempena exam yang bakal menjelang. Diucapkan selamat maju jaya hendaknya kepada semua yang bakal mengambil peperiksaan bagi semester nie terutama kepasa seluruh warga blogger UiTM. So bila exam dah dekat, study week menjelma. Tokey pown pulang ke kanmpung halaman untuk mendapatkan restu keluarga x lupa juga melepaskan rindu ^^. Tokey pown blik kejap jew, sekarang nie pown dah sampai kat Shah Alam tercinta. 

Untuk entry kali nie tokey nak share mengenai pengalaman tokey menikmati Nasi Ayam Hj Mustafah yang popular di bandar Gemas.Sebenarnya tokey dah menyimpan impian hampir 3 tahun untuk menikmati nasi ayam nie dek kerana rumours yang mengatakan nasi ayam disana sungguh istimewa. Nak pergi gemas untuk makan nasi ayam je macam tak berbaloi plak. So, ianya bermula ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, time tu dalam bas tokey terperasan kedai makan baru yang terpampang Nasi Ayam Gemas Hj Mustafah di pekan Parit Raja ( tanah tumpah darahku).

macam nie r muka ak time excited, tapi tak secomel awek nie


Sampai kat rumah, tanya family tapi dowg cakap dowg pown tak perasan kewujudan kedai tu..Ouh tapi tokey tekad akan pergi kedai tu sebelum balik ke Shah Alam. Setelah menikmati nasi ayam tersebut, ternyata ianya memang SUPERB. Tekstur nasinya memang mengujakan disamping aroma ayam yang begitu menyelarakan. Tokey berikan 5 STAR. Harga sepinggan hanya RM6 dan sememangnya berbaloi dan mampu mengenyangkan perut serta memuaskan hati sesiapa sahaja.

nie r nasi yam yang digembar gemburkan

Itu saja untuk kali, harap sapa2X ada sekitar Batu Pahat singgah r kedai tu memang BERBALOI WA CAKAP SAMA LU..
sedap wa cakap lu, mai sepinggan

Tuesday, 20 December 2011

Bila Si Tokey Kopi Berlakon Dalam Bahasa Mandarin

Salam semua. Final exam semakin hampir dan satu preparation pown tokey tak wat lagi. Minggu last nie dihujani dengan assingment yang berlambak-lambak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar berkat dari kerjasama rakan sepasukan assignment yang dihasilkan agak membanggakan bagi tokey. So kali nie tokey just nak share short film bagi projek mandarin tokey. Masa sekolah dah puas belajar arab so cuba plak bahasa mandarin. Inilah hasil lakonan group tokey.. SEMOGA TERHIBUR..Video kat bawah low quality, so untuk mendapat kepuasan yang optimum boleh tengok di YOUTUBE..nie linknye Cerita Cina

video

Tuesday, 6 December 2011

4 Perkara Yang Tokey Takkan Buat Jika Diberi Peluang Kedua


Salam semua, hari ini tokey nak share sedikit mengenai experince tokey dalam kehidupan selama 21 tahun ini. Kali ni tokey nak share 4 perkara yang tokey tak sanggup nak buat & tak nak buat jika diberi peluang kedua. Kesemua benda nie adalah perkara yang tokey rasa setakat nie paling mencabar dalam hidup.Jom layan

1. Berkhatan


He3 benda nie memang paling ngeri dalam hidup. Seawal usia 10 tahun tokey menghadapi perkara paling ngeri nie.Walaupown tokey mampu menahan azabnya tanpa mengalirkan air mata tapi kesakitanya masih terasa sampai sekarang. Agak trauma juga dengan berkhatan nie walopown dah tua. 

2.Buat AddMath SPM


Pergh nie subject killer tokey. Setiap kali test inilah subject yang selalu fail. Nak kata susah xdelah susah sangat, tapi bila dah tengok kertas jadi blank. Setiap kali sekolah adakan kelas pemulihan untuk subjek nie, nama tokey mesti terpampang. Frust juga r jadinya. Walaupown tokey tak r fail dalam SPM subject nie (hanya dapat B3) tapi tokey takkan amek lagi subjek nie jika diberi peluang kedua. Apa pown tq kepada semua cikgu yang membantu tokey untuk lulus dengan jayanya

3.Buat Accounting Diploma


Subject accounting mase diploma paling mencabar bagi tokey yang tidak pernah kenal erti apa itu akaun. Financial accounting membuatkan tokey rasa TRAUMA bila dengar perkataan AKAUN. Tapi atas dorongan awek tercinta XXX dan rakan sekelas FARIHIN akhirnya tokey berjaya lulus dengan B-. Yeah xde C dalam transkrip DIPLOMA tokey.

4.Masuk Pertandingan Bercerita


Yang nie mase tokey kecik2x, cikgu suruh masuk pertandingan bercerita kisah para anbia. Mula-mula seronok tapi bila time pertandingan tiba-tiba nervous gila.Wat pengetahuan kowg tokey punya kaki menggigil kuat gila. Nasin baik pakai samping so boleh r cover^^.Itulah first time tokey kenal erti nervous..fuhh.

Itu saja celoteh kali nie. Harap kowg terhibur. Jom r share kowg punya pengalaman kat comment box tokey. xiexie.