Saturday 26 November 2011

3 Perkara Wajib Yang Tokey Biasa Lakukan Tatkala Stress / Bergaduh Dengan Awek

Salam semua, harap korang semua dalam keadaan baik hendaknya. Hari nie tokey nak share terapi yang biasa tokey lakukan apabila dalam keadaan stress dan juga apabila tokey berperang dengan cinta hati tokey. Sebenarnye banyak benda yang tokey lakukan apabila stress datang mengundang dalam diri tokey nie, tapi hari nie tokey hanya nak highlight 3 perkara je. Biasa stress nie datang bila tokey ada banyak gila assignment tertunggak, test bertimbun-timbun, duit belanja dah pokai dan yang paling penting bila si cinta hati bad mood secara mengejut.Ouh...pening sungguh kepala tokey dibuatnya. Jom layan tips dari tokey.

Perkara pertama yang tokey lakukan adalah dengan mengamal aktiviti tidur tanpa mengira waktu. Bagi tokey tidur amat penting even kalo esok ad test tapi x abes study lagi tokey akan tetap tidur. Ini kerana menurut kajian kalo tak cukup tido otak kita tidak akan mampu memanipulasikan apa yang kita telah study pada hari semalam. Selain itu kalo tak cukup tido kita akan jadi blank apabila cuba mengingati perkara yang kita cuba faham pada hari semalamnya. Selain itu apabila kita tido, kita dapat meneutralkan otak kita kerana otak sentiasa bekerja 24 sehari, namun pabila kita tidur ia akan merehat separuh dari otak kita. Sebab tu kalo kita study lepas tidur cepat je ilmu masuk.
tengah kahwin pown tido.stress sangat nie

Yang kedua adalah makan. Tokey tak taw kenapa ada orang sanggup tak makan kalo stress. Bagi tokey makan adalah terapi yang bagus pabila kita stress. Tapi janganlah makan sampai x ingat dunia cukup sekadar mengenyangkan. Makanlah makanan seperti kacang, kuaci atau snack mampu meredakan sedikit korang punya stress.

nie bukan stress, nie gila


Yang ketiga adalah dengan menonton perlawanan bola sepak. Tips no. 3 nie adalah favourite tokey. Tokey pown x taw nape tokey suka giler tgok bola even kalo team tokey iaitu Manchester Unite kalah pown tokey tetap enjoy dan rasa hepi giler. Semua masalah tokey dapat tokey hilangkan sekelip mata.

team favourite tokey GGMU

Kesimpulanya tak kisahlah bagaimana pown cara korang nak hilangkan stress tetapi janganlah kita lupa terapi terbaik adalah dengan kembali beribadah kepada ALLAH kerana apabila ketika beribadah seperti solat atau membaca AL-QURAN tatkala itulah ketenangan akan dikurniakan kepada kita(sesungguhnya ketenangan  ketika beribadah adalah mulia di sisi ALLAH s.w.t ..insyallah..


Thursday 24 November 2011

Blog Watepak , Blog Kembarku

Salam semua, hari nie tokey nak wat sesuatu yang baru dalam dunia blogging tokey.He3 saje je wat suprise , sebenarnye tokey nak promote satu blog yang baru nak naik sama macam tokey. Blog yang tokey maksudkan adalah Blog Watepak. Blog nie sebenarnye adalah kepunyaan kembar tokey sendiri iaitu Iqbal Zayadi, sebagai tuan tanah blog tersebut. 
Sekarang nie, blog watepak sedang berusaha mencapai FOLLOWER sebanyak 200. Dikesempatan ini tokey menyeru (cewah ayat tak boleh blah) blogger semua support blog abang tokey nie he3. JOM SUPPORT OUR LOCAL. Nie link blog watepak untuk korang semua tinggalkan jejak kat sane he3 (BLOG WATEPAK) sila klik.

Ini sahaja untuk entry kali PEACE YO..Hidup Harimau Muda (mood bola jap). Kat bawah nie screen shot blog Watepak

                                                     Jom support blog nie

Wordless Wednesday : Perihal Si Teluk Kemang

Saturday 19 November 2011

Frust dengan Pos Laju


Hari nie aku berasa sedikit lega kerana apa yang aku inginkan hampir tercapai. Setelah beremosi hampir seminggu dek kerana barang impianku yang baru dibeli tak sampai2x di tanganku. Sebenarnye aku baru saja membeli jam G-SHOCK MUDMAN MS bagi menambah koleksi jam yang sebenarya telah menjadi hobi baru aku.Tak taw kenapa aku begitu obses dengan jam2x ini sedangkan sebelum ini aku hanya melengkapkan pergelangan tangan ku ini dengan jam dari lapangan pasar malam.

My 2 nd collection..wink2x


Sebenarnye yang menjadikan aku frust adalah kerana jam yang aku beli tidak sampai2x ke tangan aku. Jam tu dibeli oleh kembarku dan diposkan pada hari isnin.Aku menjangkakan ianya akan sampai pada hari selasa, namun fikiran aku meleset jauh sejauh 100km kerana ianya tidak sampai pada hari selasa.Aku sedapkan hatiku dengan berkata mungkin esok kot. Hari rabu aku hanya ada satu kelas, aku pown menyambung penantian jam tanganku, sehingga pukul 2 masih tiada sebarang panggilan dari pihak POS MALAYSIA. Lalu aku amek keputusan menelefon careline POS MALAYSIA, operator  mengkhabarkan kepadaku aku bahawa barang aku tidak berjaya untuk dihantar pada hari rabu dan mungkin akan dihantar pada hari khamis. Sekali lagi aku frust fuhhh..barulah aku dapatkan rasa pengertian 'Penantian adalah suatu penyiksaan'.Hari khamis menjelma namun keadaan yang berlaku tetap sama jam tanganku tidak sampai jua. Aku menuggu seharian kerana hari khamis aku bebas dari kuliah. Aku giveup dan sudah mula tidak amek kisah.

Abg posmen yang aku nantikan hampir 4 hari

Bukti penyiksaan aku he3 ^^ (kabur banyak sorry)


Jumaat pagi aku bersiap ke kelas kerana ada kuliah sampai jam12.30 tengah hari.Pada jam 11.00pagi aku mendapat panggilan dari strange number dan aku dengan pasti menyatakan ianya adalah dari pihak posmen. Kerana sebenarnya aku dah biasa berurusan dengan pos laju nie, jadi aku dah taw timing dowg hantar barang biasanya dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Aku tak angkat call kerana dalam kelas. Menghormati ilmu adalah penting dalam kehidupan ha3. Balik dari kuliah aku cek peti surat dan seperti dijangka slip pos yang terpampang akan namaku ditinggalkan. Urm..aku sedikit lega barang tersebut sudah sampai akhirnya tapi sekali lagi aku FRUST kerana barang tersebut hanya boleh diambil pada hari esok iaitu SABTU 19 NOV 2011..Sabor je r..Sekian celoteh untuk kali ini...


Friday 18 November 2011

Teknik Posing Gambar Yang Super Hebat



Salam semua.. Pada era kemodenan ini, kita semua dapat lihat hasil fotografi yang style giler daripada kecainggihan kamera pada masa kini. Namun tanpa kita sedari terdapat segelintir manusia yang mempunyai daya pemikiran yang begitu kritis sehingga mampu menghasilkan gambar2x yang mampu membuatkan kita berfikir sejenak kenapa lah kita tidak pernah terfikir untuk menghasilkan sesuatu seni seperti mereka2x ini. Kebanyakan mereka hanya menggunakan kamera digital yang biasa bezanya penampilan dalam gaya mereka posing ketika gambar diambil telah menjadikan gambar yang sepatunya hanya gambar biasa menjadi sebuah gambar yang mampu membuat kowg terpaku lalu senyum sendirian. Mungkin ada sesetengah kowg yang pernah ambilgambar mcm nie..Tapi ini sekadar perkongsian bersama ahaks... Jom layan...











Blog Secawan Kopi is BACK


Apa khabar semua? Detik ini menjadi suatu sejarah didalam hidup aku yang penuh berliku ini. Aku kembali ke zaman berblogging aku. Bukan aku merajuk atau tidak rindu dengan riang ria dunia blog ini,tetapi disebabkan asakkan bertubi-tubi dari pelbagai metafora  halangan dalam hidup ini aku hentikan niat hati ku ini yang melonjak-lonjak untuk menjeguk sebentar laman blog ini. Namun kini sudah tidak lagi, UNIFI menjadi tunjang untuk aku kembali ke arena blogging.

2 bulan menyepikan diri terdapat juga bibit2x pertanyaan dari rakan blogger yang budiman yang bertanyakan khabar tuan punya blogger. Pelbagai persoalan ditanyakan kepada aku. Adakah aku sudah give up untuk  berblogger? Adakah aku sudah jemu untuk berblogger? Adakah aku sudah kehabisan buah fikiran untuk dikongsikan? Jawapan yang aku mampu berikan adalah hanya perkataan SABAR.  Sebab utamanya adalah pabila aku menjejakkan kaki ke SHAH ALAM demi meneruskan perjuangan mencari bekalan ilmu yang tidak akan ada penamatnya, aku terputus hubungan dengan jaringan internet. Tapi sepertimana aku katakan tadi UNIFI telah membantu aku kembali ke arena ini.

Itu saja untuk kali ini: 
TOKEY KOPI IS BACK