Friday, 18 November 2011

Blog Secawan Kopi is BACK


Apa khabar semua? Detik ini menjadi suatu sejarah didalam hidup aku yang penuh berliku ini. Aku kembali ke zaman berblogging aku. Bukan aku merajuk atau tidak rindu dengan riang ria dunia blog ini,tetapi disebabkan asakkan bertubi-tubi dari pelbagai metafora  halangan dalam hidup ini aku hentikan niat hati ku ini yang melonjak-lonjak untuk menjeguk sebentar laman blog ini. Namun kini sudah tidak lagi, UNIFI menjadi tunjang untuk aku kembali ke arena blogging.

2 bulan menyepikan diri terdapat juga bibit2x pertanyaan dari rakan blogger yang budiman yang bertanyakan khabar tuan punya blogger. Pelbagai persoalan ditanyakan kepada aku. Adakah aku sudah give up untuk  berblogger? Adakah aku sudah jemu untuk berblogger? Adakah aku sudah kehabisan buah fikiran untuk dikongsikan? Jawapan yang aku mampu berikan adalah hanya perkataan SABAR.  Sebab utamanya adalah pabila aku menjejakkan kaki ke SHAH ALAM demi meneruskan perjuangan mencari bekalan ilmu yang tidak akan ada penamatnya, aku terputus hubungan dengan jaringan internet. Tapi sepertimana aku katakan tadi UNIFI telah membantu aku kembali ke arena ini.

Itu saja untuk kali ini: 
TOKEY KOPI IS BACK

1 comment:

meLLy! said...

tepuk tangannnnnnn.

Post a Comment