Tuesday 27 December 2011

Penangan Nasi Ayam Gemas Hj.Mustafah di Parit Raja

Salam semua. Dah lama tak update dek kerana menyiapkan tambunan assigment sempena exam yang bakal menjelang. Diucapkan selamat maju jaya hendaknya kepada semua yang bakal mengambil peperiksaan bagi semester nie terutama kepasa seluruh warga blogger UiTM. So bila exam dah dekat, study week menjelma. Tokey pown pulang ke kanmpung halaman untuk mendapatkan restu keluarga x lupa juga melepaskan rindu ^^. Tokey pown blik kejap jew, sekarang nie pown dah sampai kat Shah Alam tercinta. 

Untuk entry kali nie tokey nak share mengenai pengalaman tokey menikmati Nasi Ayam Hj Mustafah yang popular di bandar Gemas.Sebenarnya tokey dah menyimpan impian hampir 3 tahun untuk menikmati nasi ayam nie dek kerana rumours yang mengatakan nasi ayam disana sungguh istimewa. Nak pergi gemas untuk makan nasi ayam je macam tak berbaloi plak. So, ianya bermula ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, time tu dalam bas tokey terperasan kedai makan baru yang terpampang Nasi Ayam Gemas Hj Mustafah di pekan Parit Raja ( tanah tumpah darahku).

macam nie r muka ak time excited, tapi tak secomel awek nie


Sampai kat rumah, tanya family tapi dowg cakap dowg pown tak perasan kewujudan kedai tu..Ouh tapi tokey tekad akan pergi kedai tu sebelum balik ke Shah Alam. Setelah menikmati nasi ayam tersebut, ternyata ianya memang SUPERB. Tekstur nasinya memang mengujakan disamping aroma ayam yang begitu menyelarakan. Tokey berikan 5 STAR. Harga sepinggan hanya RM6 dan sememangnya berbaloi dan mampu mengenyangkan perut serta memuaskan hati sesiapa sahaja.

nie r nasi yam yang digembar gemburkan

Itu saja untuk kali, harap sapa2X ada sekitar Batu Pahat singgah r kedai tu memang BERBALOI WA CAKAP SAMA LU..
sedap wa cakap lu, mai sepinggan

Tuesday 20 December 2011

Bila Si Tokey Kopi Berlakon Dalam Bahasa Mandarin

Salam semua. Final exam semakin hampir dan satu preparation pown tokey tak wat lagi. Minggu last nie dihujani dengan assingment yang berlambak-lambak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar berkat dari kerjasama rakan sepasukan assignment yang dihasilkan agak membanggakan bagi tokey. So kali nie tokey just nak share short film bagi projek mandarin tokey. Masa sekolah dah puas belajar arab so cuba plak bahasa mandarin. Inilah hasil lakonan group tokey.. SEMOGA TERHIBUR..Video kat bawah low quality, so untuk mendapat kepuasan yang optimum boleh tengok di YOUTUBE..nie linknye Cerita Cina

Tuesday 6 December 2011

4 Perkara Yang Tokey Takkan Buat Jika Diberi Peluang Kedua


Salam semua, hari ini tokey nak share sedikit mengenai experince tokey dalam kehidupan selama 21 tahun ini. Kali ni tokey nak share 4 perkara yang tokey tak sanggup nak buat & tak nak buat jika diberi peluang kedua. Kesemua benda nie adalah perkara yang tokey rasa setakat nie paling mencabar dalam hidup.Jom layan

1. Berkhatan


He3 benda nie memang paling ngeri dalam hidup. Seawal usia 10 tahun tokey menghadapi perkara paling ngeri nie.Walaupown tokey mampu menahan azabnya tanpa mengalirkan air mata tapi kesakitanya masih terasa sampai sekarang. Agak trauma juga dengan berkhatan nie walopown dah tua. 

2.Buat AddMath SPM


Pergh nie subject killer tokey. Setiap kali test inilah subject yang selalu fail. Nak kata susah xdelah susah sangat, tapi bila dah tengok kertas jadi blank. Setiap kali sekolah adakan kelas pemulihan untuk subjek nie, nama tokey mesti terpampang. Frust juga r jadinya. Walaupown tokey tak r fail dalam SPM subject nie (hanya dapat B3) tapi tokey takkan amek lagi subjek nie jika diberi peluang kedua. Apa pown tq kepada semua cikgu yang membantu tokey untuk lulus dengan jayanya

3.Buat Accounting Diploma


Subject accounting mase diploma paling mencabar bagi tokey yang tidak pernah kenal erti apa itu akaun. Financial accounting membuatkan tokey rasa TRAUMA bila dengar perkataan AKAUN. Tapi atas dorongan awek tercinta XXX dan rakan sekelas FARIHIN akhirnya tokey berjaya lulus dengan B-. Yeah xde C dalam transkrip DIPLOMA tokey.

4.Masuk Pertandingan Bercerita


Yang nie mase tokey kecik2x, cikgu suruh masuk pertandingan bercerita kisah para anbia. Mula-mula seronok tapi bila time pertandingan tiba-tiba nervous gila.Wat pengetahuan kowg tokey punya kaki menggigil kuat gila. Nasin baik pakai samping so boleh r cover^^.Itulah first time tokey kenal erti nervous..fuhh.

Itu saja celoteh kali nie. Harap kowg terhibur. Jom r share kowg punya pengalaman kat comment box tokey. xiexie.

Saturday 26 November 2011

3 Perkara Wajib Yang Tokey Biasa Lakukan Tatkala Stress / Bergaduh Dengan Awek

Salam semua, harap korang semua dalam keadaan baik hendaknya. Hari nie tokey nak share terapi yang biasa tokey lakukan apabila dalam keadaan stress dan juga apabila tokey berperang dengan cinta hati tokey. Sebenarnye banyak benda yang tokey lakukan apabila stress datang mengundang dalam diri tokey nie, tapi hari nie tokey hanya nak highlight 3 perkara je. Biasa stress nie datang bila tokey ada banyak gila assignment tertunggak, test bertimbun-timbun, duit belanja dah pokai dan yang paling penting bila si cinta hati bad mood secara mengejut.Ouh...pening sungguh kepala tokey dibuatnya. Jom layan tips dari tokey.

Perkara pertama yang tokey lakukan adalah dengan mengamal aktiviti tidur tanpa mengira waktu. Bagi tokey tidur amat penting even kalo esok ad test tapi x abes study lagi tokey akan tetap tidur. Ini kerana menurut kajian kalo tak cukup tido otak kita tidak akan mampu memanipulasikan apa yang kita telah study pada hari semalam. Selain itu kalo tak cukup tido kita akan jadi blank apabila cuba mengingati perkara yang kita cuba faham pada hari semalamnya. Selain itu apabila kita tido, kita dapat meneutralkan otak kita kerana otak sentiasa bekerja 24 sehari, namun pabila kita tidur ia akan merehat separuh dari otak kita. Sebab tu kalo kita study lepas tidur cepat je ilmu masuk.
tengah kahwin pown tido.stress sangat nie

Yang kedua adalah makan. Tokey tak taw kenapa ada orang sanggup tak makan kalo stress. Bagi tokey makan adalah terapi yang bagus pabila kita stress. Tapi janganlah makan sampai x ingat dunia cukup sekadar mengenyangkan. Makanlah makanan seperti kacang, kuaci atau snack mampu meredakan sedikit korang punya stress.

nie bukan stress, nie gila


Yang ketiga adalah dengan menonton perlawanan bola sepak. Tips no. 3 nie adalah favourite tokey. Tokey pown x taw nape tokey suka giler tgok bola even kalo team tokey iaitu Manchester Unite kalah pown tokey tetap enjoy dan rasa hepi giler. Semua masalah tokey dapat tokey hilangkan sekelip mata.

team favourite tokey GGMU

Kesimpulanya tak kisahlah bagaimana pown cara korang nak hilangkan stress tetapi janganlah kita lupa terapi terbaik adalah dengan kembali beribadah kepada ALLAH kerana apabila ketika beribadah seperti solat atau membaca AL-QURAN tatkala itulah ketenangan akan dikurniakan kepada kita(sesungguhnya ketenangan  ketika beribadah adalah mulia di sisi ALLAH s.w.t ..insyallah..


Thursday 24 November 2011

Blog Watepak , Blog Kembarku

Salam semua, hari nie tokey nak wat sesuatu yang baru dalam dunia blogging tokey.He3 saje je wat suprise , sebenarnye tokey nak promote satu blog yang baru nak naik sama macam tokey. Blog yang tokey maksudkan adalah Blog Watepak. Blog nie sebenarnye adalah kepunyaan kembar tokey sendiri iaitu Iqbal Zayadi, sebagai tuan tanah blog tersebut. 
Sekarang nie, blog watepak sedang berusaha mencapai FOLLOWER sebanyak 200. Dikesempatan ini tokey menyeru (cewah ayat tak boleh blah) blogger semua support blog abang tokey nie he3. JOM SUPPORT OUR LOCAL. Nie link blog watepak untuk korang semua tinggalkan jejak kat sane he3 (BLOG WATEPAK) sila klik.

Ini sahaja untuk entry kali PEACE YO..Hidup Harimau Muda (mood bola jap). Kat bawah nie screen shot blog Watepak

                                                     Jom support blog nie

Wordless Wednesday : Perihal Si Teluk Kemang

Saturday 19 November 2011

Frust dengan Pos Laju


Hari nie aku berasa sedikit lega kerana apa yang aku inginkan hampir tercapai. Setelah beremosi hampir seminggu dek kerana barang impianku yang baru dibeli tak sampai2x di tanganku. Sebenarnye aku baru saja membeli jam G-SHOCK MUDMAN MS bagi menambah koleksi jam yang sebenarya telah menjadi hobi baru aku.Tak taw kenapa aku begitu obses dengan jam2x ini sedangkan sebelum ini aku hanya melengkapkan pergelangan tangan ku ini dengan jam dari lapangan pasar malam.

My 2 nd collection..wink2x


Sebenarnye yang menjadikan aku frust adalah kerana jam yang aku beli tidak sampai2x ke tangan aku. Jam tu dibeli oleh kembarku dan diposkan pada hari isnin.Aku menjangkakan ianya akan sampai pada hari selasa, namun fikiran aku meleset jauh sejauh 100km kerana ianya tidak sampai pada hari selasa.Aku sedapkan hatiku dengan berkata mungkin esok kot. Hari rabu aku hanya ada satu kelas, aku pown menyambung penantian jam tanganku, sehingga pukul 2 masih tiada sebarang panggilan dari pihak POS MALAYSIA. Lalu aku amek keputusan menelefon careline POS MALAYSIA, operator  mengkhabarkan kepadaku aku bahawa barang aku tidak berjaya untuk dihantar pada hari rabu dan mungkin akan dihantar pada hari khamis. Sekali lagi aku frust fuhhh..barulah aku dapatkan rasa pengertian 'Penantian adalah suatu penyiksaan'.Hari khamis menjelma namun keadaan yang berlaku tetap sama jam tanganku tidak sampai jua. Aku menuggu seharian kerana hari khamis aku bebas dari kuliah. Aku giveup dan sudah mula tidak amek kisah.

Abg posmen yang aku nantikan hampir 4 hari

Bukti penyiksaan aku he3 ^^ (kabur banyak sorry)


Jumaat pagi aku bersiap ke kelas kerana ada kuliah sampai jam12.30 tengah hari.Pada jam 11.00pagi aku mendapat panggilan dari strange number dan aku dengan pasti menyatakan ianya adalah dari pihak posmen. Kerana sebenarnya aku dah biasa berurusan dengan pos laju nie, jadi aku dah taw timing dowg hantar barang biasanya dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Aku tak angkat call kerana dalam kelas. Menghormati ilmu adalah penting dalam kehidupan ha3. Balik dari kuliah aku cek peti surat dan seperti dijangka slip pos yang terpampang akan namaku ditinggalkan. Urm..aku sedikit lega barang tersebut sudah sampai akhirnya tapi sekali lagi aku FRUST kerana barang tersebut hanya boleh diambil pada hari esok iaitu SABTU 19 NOV 2011..Sabor je r..Sekian celoteh untuk kali ini...


Friday 18 November 2011

Teknik Posing Gambar Yang Super Hebat



Salam semua.. Pada era kemodenan ini, kita semua dapat lihat hasil fotografi yang style giler daripada kecainggihan kamera pada masa kini. Namun tanpa kita sedari terdapat segelintir manusia yang mempunyai daya pemikiran yang begitu kritis sehingga mampu menghasilkan gambar2x yang mampu membuatkan kita berfikir sejenak kenapa lah kita tidak pernah terfikir untuk menghasilkan sesuatu seni seperti mereka2x ini. Kebanyakan mereka hanya menggunakan kamera digital yang biasa bezanya penampilan dalam gaya mereka posing ketika gambar diambil telah menjadikan gambar yang sepatunya hanya gambar biasa menjadi sebuah gambar yang mampu membuat kowg terpaku lalu senyum sendirian. Mungkin ada sesetengah kowg yang pernah ambilgambar mcm nie..Tapi ini sekadar perkongsian bersama ahaks... Jom layan...











Blog Secawan Kopi is BACK


Apa khabar semua? Detik ini menjadi suatu sejarah didalam hidup aku yang penuh berliku ini. Aku kembali ke zaman berblogging aku. Bukan aku merajuk atau tidak rindu dengan riang ria dunia blog ini,tetapi disebabkan asakkan bertubi-tubi dari pelbagai metafora  halangan dalam hidup ini aku hentikan niat hati ku ini yang melonjak-lonjak untuk menjeguk sebentar laman blog ini. Namun kini sudah tidak lagi, UNIFI menjadi tunjang untuk aku kembali ke arena blogging.

2 bulan menyepikan diri terdapat juga bibit2x pertanyaan dari rakan blogger yang budiman yang bertanyakan khabar tuan punya blogger. Pelbagai persoalan ditanyakan kepada aku. Adakah aku sudah give up untuk  berblogger? Adakah aku sudah jemu untuk berblogger? Adakah aku sudah kehabisan buah fikiran untuk dikongsikan? Jawapan yang aku mampu berikan adalah hanya perkataan SABAR.  Sebab utamanya adalah pabila aku menjejakkan kaki ke SHAH ALAM demi meneruskan perjuangan mencari bekalan ilmu yang tidak akan ada penamatnya, aku terputus hubungan dengan jaringan internet. Tapi sepertimana aku katakan tadi UNIFI telah membantu aku kembali ke arena ini.

Itu saja untuk kali ini: 
TOKEY KOPI IS BACK

Friday 9 September 2011

Seni Arca Di Dalam Lautan Yang SUPERB

Salam semua..rindu seh kat geng blogger..Dah lame tak rase suasana hidup dalam keadaan aman..Next week tokey akan mulakan hidup baru sebagai MAHASISWA di UiTM SHAH ALAM..Selepas puas bercuti hampir 5 bulan akhirnye tokey kembali kepada kehidupan sebagai seorang MAHASISWA..So, kepada yang turut menjadi mahasiswa macam tokey, tokey ucapkan TAHNIAH ye..So untuk entry kali nie tokey akan share mengenai seni arca dalam LAUTAN..Ramai yang tanye tokey nape ko wat BLOG pasal gambar benda2x pelik + berseni? Kenapa tak wat cerita mengenai benda disekeliling kita? Jawapanye adalah kerana tokey sukakan sesuatu yang realistik, segar, moden, ringkas dan padat...nak cerita pasal sekeliling buat ap? Kowang kan ad TV kat umah so, rajin2x tengok berita he3..Untuk blog yg memberikan pendapat pulak,,tokey lom cukup ilmu didada untuk memberikan pendapat terhadap sesuatu perkara..JOM LAYAN..







Kalau tak best jangan MARAH..Tokey cuba yang terbaik untuk hirkan kowg semua..Serangkap pantun untuk kowg:

Anak ikan dalam pergi,
Lain kali bace blog tokey lagi...

SEMOGA TERHIBUR

Thursday 8 September 2011

Seni Didalam Seni

Salam semua..sudah lama tokey menyepi dari arena BLOGGER..Bukan merajuk tetapi sibuk dengan pekerjaan part time tokey tu..Sekarang pown bukan tak sibuk tetapi demi BLOG tokey yang tercinta, tokey LAYANKAN je...So entry kali nie mengenai seni didalam seni..Pelik kan? Pening kan? Jom kita usha2x






Kowg perasan tak apa yg tokey sampaikan nie..Kalo tak perasan karya seni nie, tokey nasihatkan pergi jumpa pakar mata dengan kadar waktu yang segera..Karya nie adalah hasil seni cik Sagaki Keita dari Tokyo..Orang JEPUN memang TERBAIK..But orang MELAYU tetap dihati..^^..

SEMOGA TERHIBUR

MISTERI : Rahsia Disebalik WEBPAGE Kegemaran Kowg....

Salam semua nampaknye masih tak terlambat untuk tokey ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..Okay untuk hari nie tokey nak share sesuatu yang misteri didalam kehidupan seharian kita..Kita selalu layari webpage seperti YOUTUBE, GOOGLE, FLICKR, TWITTER dan juga APPLE tanpa kita sedari sebenarye ada sesuatu metafora yang tersembunyi disebalik webpage ini...JOM LAYAN..


 1. GOOGLE 
Apabila diterbalikkan webpage GOOGLE hanya ini yang berlaku..macam kowg tgok benda tu dengan side mirror jew..



2. FLICKR
Webpage FLICKR apabila diterbalikkan pulak ini hasilnye..dibelakang gambar tu jadi macam belakang sekeping kertas foto 




3. YOUTUBE


Youtube pulak jadi belakang sebuah tv..COOL seh..



4.TWITTER

Twitter plak burung2x tu lakukan mcam2x aktiviti ada yg merokok, main gitar, layan iphone..ini paling GEMPAK...



5.APPLE
Untuk APPLE depan belakang, sama saje..THAT THE WAY OF APPLE PRODUCT..eklusif + simple..

Harap kowg faham he3..
SEMOGA TERHIBUR


Saturday 6 August 2011

EDISI KHAS : 10 Grill BBQ Yan Cun Buat Kowg Yang Gemarkan Aktiviti BBQ


Assalamualaikum geng blogger semua..Kalo nie tokey wat entry khas bagi kowg yang gemarkan aktiviti berBBQ.. Biasalah x kira tua muda semua sukakan aktiviti makan2x nie ha3..Lagi2x kalau percuma ..So entry kali nie tokey nak share mengenai tempat BBQ yang mampu menjadikan aktiviti BBQ kowg menjadi lebih ekslusif he3..JOM LAYAN ...


1. Elegant Beltempo Hotwater Gas Barbecue Grill

2. Conmoto ‘Magic’ Fireplace/Grill Combo by Fried Ulber


3. Diago Freestanding Grill by Focus Creations


4. Focus Creations Wall-Mounted Barbecue


5. Kalamazoo Sculpture Grill


6. Stunning Kinzo Grill and Table


7. PLEK 66 Modern Mounted Grill by Rocal




8. PUUUR by Barbecook


9. 3 Artistic Grills by Fire & Steel


10. Walzer BBQ by MOM Design


Semoga aktiviti BBQ kowg menjadi semakin ceria he3...Susah2x buat jew cara biasa jew he3 janji BBQ ..Ini sekadar cadangan..nama model TOKEY copy dari syarikat yang JUAL....