Sunday 2 December 2012

CELOTEH TOKEY KOPI: 3 Perkara Yang Tokey Takut Tatkala Jawab Exam

Salam semua hari nie tokey just nak share " 3 Perkara Yang Tokey Takut Tatkala Jawab Exam". Tokey post entry nie sebab exam untuk semester 4 semakin dekat dan assignment pown dah banyak yang kena hantar even tokey ada assignment yang belum start pown. Berbalik kepada topik kita pada kali nie, setiap kali exam banyak perkara yang telah membuatkan tokey nervous, cuak, kecut, nak muntah dan sebagainya tapi untuk entry ini hanya 3 yang diberi keutamaan.

1. Member sebelah jawab soalan short essay panjang2x
Ini adalah perkara yang paling memeningkan tokey tidak kira test, quiz dan juga final exam. Tokey walopown tidak meniru (ada r sikit2x) tokey tetap akan melihat sahabat-sahabat disekeliling menjawa exam tatkala cuba mencari ilham yang tak datang2x. Bila lihat rakan sebelah menjawab soalan short essay yang hanya 5 markah dengan jawapan sepenuh satu page, tokey akan goyang. Untuk tokey 5 markah hanyalah untuk jawapan 5 baris dan juga 2-3 point jawapan sahaja.Persoalanya adakah member tokey menggoreng jawapan atau tokey yang tak habis baca buku pada malam hari. Alhamdulillah, kebanyakkanya berpihak kepada tokey. Kadang-kadang terdapat sesetengah pelajar yang taksub menjawab soalan tanpa melihat kehendak soalan dan ini menyebabkan mereka telah membuang masa a.k.a waste time untuk menjawab soalan yang hanya memerlikan jawapan ringkas berbanding soalan long essay yang markahnya 15-20 markah yang selalu mereka tak sempat nak jawab dengan jayanya dek kerana alpa menjawab soalan 5 markah tadi.

aku suka tulis banyak2x ko sibuk kenapa?


2. Ada budak jawab exam paper laju giler
Ini satu lagi yang berlaku di dewan peperiksaan, sedang tokey baru siapkan soalan pertama, tiba-tiba kedengarran bunyi gesekkan kaki kerusi ke lantai dewan menandakan ada pelajar nak kuar dewan. Kalau nak pergi kencing itu normal tetapi keluar dewan sebab dah siap. Persoalanya adakah soalan terlalu senang? Adakah tokey tak perasan masa menjawab dah nak tamat? Adakah tokey satu kelas dengan seorang genius? atau Adakah budak itu telah tiada idea untuk menjawab soalan-soalan peperiksaa? Kowang pilihlah soalan mana yang kowg suka. Untuk diri tokey, tokey akan tenangkan diri dan terus menjawab soalan tanpa memikirkan kenapa budak tu keluar awal. Keluar awal tak semestinya power tetapi keluar lambat lambat pown tak semestinya kita dapat jawab soalan dengan baik (keluar lambat sangat, banyak gorengnya). Ianya bergantung dengan usaha kita sebelum peperiksaan.

soalan kacang, balik tidoq lagi baguih


3. Tokey tak cukup tidoq tatkala exam
Ini perkara yang sering tokey cuba elakkan tatkala exam namun tidak berjaya kerana terlalu gementar sampai tak leh tidoq. Tokey yakin dan percaya sesetengah dari kowg mesti macam nie jugak. Ini kerana tokey akan hilang daya fokus dan menjadi blur tatkala exam bila tak cukup tidoq. Untuk menyelesaikan masalah nie tokey kena study awal yang menjadi perkara yang sukar untuk tokey laksanakan tatkala exam. Common r lelaki study last minute okay!! Tapi ingat USAHA TANGGA KEJAYAAN.

gantok banget dong...


2 comments:

Anonymous said...

exam buat hal sendiri.

bile nak meniru baru interaksi. wahahaha

Anonymous said...

macam babi je entry ko

Post a Comment