Saturday 26 November 2011

3 Perkara Wajib Yang Tokey Biasa Lakukan Tatkala Stress / Bergaduh Dengan Awek

Salam semua, harap korang semua dalam keadaan baik hendaknya. Hari nie tokey nak share terapi yang biasa tokey lakukan apabila dalam keadaan stress dan juga apabila tokey berperang dengan cinta hati tokey. Sebenarnye banyak benda yang tokey lakukan apabila stress datang mengundang dalam diri tokey nie, tapi hari nie tokey hanya nak highlight 3 perkara je. Biasa stress nie datang bila tokey ada banyak gila assignment tertunggak, test bertimbun-timbun, duit belanja dah pokai dan yang paling penting bila si cinta hati bad mood secara mengejut.Ouh...pening sungguh kepala tokey dibuatnya. Jom layan tips dari tokey.

Perkara pertama yang tokey lakukan adalah dengan mengamal aktiviti tidur tanpa mengira waktu. Bagi tokey tidur amat penting even kalo esok ad test tapi x abes study lagi tokey akan tetap tidur. Ini kerana menurut kajian kalo tak cukup tido otak kita tidak akan mampu memanipulasikan apa yang kita telah study pada hari semalam. Selain itu kalo tak cukup tido kita akan jadi blank apabila cuba mengingati perkara yang kita cuba faham pada hari semalamnya. Selain itu apabila kita tido, kita dapat meneutralkan otak kita kerana otak sentiasa bekerja 24 sehari, namun pabila kita tidur ia akan merehat separuh dari otak kita. Sebab tu kalo kita study lepas tidur cepat je ilmu masuk.
tengah kahwin pown tido.stress sangat nie

Yang kedua adalah makan. Tokey tak taw kenapa ada orang sanggup tak makan kalo stress. Bagi tokey makan adalah terapi yang bagus pabila kita stress. Tapi janganlah makan sampai x ingat dunia cukup sekadar mengenyangkan. Makanlah makanan seperti kacang, kuaci atau snack mampu meredakan sedikit korang punya stress.

nie bukan stress, nie gila


Yang ketiga adalah dengan menonton perlawanan bola sepak. Tips no. 3 nie adalah favourite tokey. Tokey pown x taw nape tokey suka giler tgok bola even kalo team tokey iaitu Manchester Unite kalah pown tokey tetap enjoy dan rasa hepi giler. Semua masalah tokey dapat tokey hilangkan sekelip mata.

team favourite tokey GGMU

Kesimpulanya tak kisahlah bagaimana pown cara korang nak hilangkan stress tetapi janganlah kita lupa terapi terbaik adalah dengan kembali beribadah kepada ALLAH kerana apabila ketika beribadah seperti solat atau membaca AL-QURAN tatkala itulah ketenangan akan dikurniakan kepada kita(sesungguhnya ketenangan  ketika beribadah adalah mulia di sisi ALLAH s.w.t ..insyallah..


5 comments:

cg4dis said...

hehehe...yup!tido adalah terapi yang paling best.

tapi ibadat dan sujud pada Maha mendengar itu paling paling best :)

Si Orkid said...

haha..yg tidur dgn mkn tu sme ngn zatiey. zatiey lau stress time study boleh je hilangkan dgn tidur. tp bile gduh ngn cinta hati, lngsung x blh tidur..hehehe..:)

betul kata tokey..beribadah pada Allah adalah terapi terbaik. bukn shja mase stress..mase x stress pon kne slalu beribadah dan mengingati-Nya.:)

Kami adalah pelajar said...

kalau tgk man u pastu seri kt home macam td..+ ngan reff bias..stres gak

RIDHWAN ZAYADI said...

kurang skit r stress sebab ad r jgak development dalam mencari gol..dari selalu defence jew..M.U dalam dilema ha2

SyasyaHaha said...

betol tu...apa yg pling pnting, bila stress jgn lupa Allah...=))

Post a Comment