Saturday 19 November 2011

Frust dengan Pos Laju


Hari nie aku berasa sedikit lega kerana apa yang aku inginkan hampir tercapai. Setelah beremosi hampir seminggu dek kerana barang impianku yang baru dibeli tak sampai2x di tanganku. Sebenarnye aku baru saja membeli jam G-SHOCK MUDMAN MS bagi menambah koleksi jam yang sebenarya telah menjadi hobi baru aku.Tak taw kenapa aku begitu obses dengan jam2x ini sedangkan sebelum ini aku hanya melengkapkan pergelangan tangan ku ini dengan jam dari lapangan pasar malam.

My 2 nd collection..wink2x


Sebenarnye yang menjadikan aku frust adalah kerana jam yang aku beli tidak sampai2x ke tangan aku. Jam tu dibeli oleh kembarku dan diposkan pada hari isnin.Aku menjangkakan ianya akan sampai pada hari selasa, namun fikiran aku meleset jauh sejauh 100km kerana ianya tidak sampai pada hari selasa.Aku sedapkan hatiku dengan berkata mungkin esok kot. Hari rabu aku hanya ada satu kelas, aku pown menyambung penantian jam tanganku, sehingga pukul 2 masih tiada sebarang panggilan dari pihak POS MALAYSIA. Lalu aku amek keputusan menelefon careline POS MALAYSIA, operator  mengkhabarkan kepadaku aku bahawa barang aku tidak berjaya untuk dihantar pada hari rabu dan mungkin akan dihantar pada hari khamis. Sekali lagi aku frust fuhhh..barulah aku dapatkan rasa pengertian 'Penantian adalah suatu penyiksaan'.Hari khamis menjelma namun keadaan yang berlaku tetap sama jam tanganku tidak sampai jua. Aku menuggu seharian kerana hari khamis aku bebas dari kuliah. Aku giveup dan sudah mula tidak amek kisah.

Abg posmen yang aku nantikan hampir 4 hari

Bukti penyiksaan aku he3 ^^ (kabur banyak sorry)


Jumaat pagi aku bersiap ke kelas kerana ada kuliah sampai jam12.30 tengah hari.Pada jam 11.00pagi aku mendapat panggilan dari strange number dan aku dengan pasti menyatakan ianya adalah dari pihak posmen. Kerana sebenarnya aku dah biasa berurusan dengan pos laju nie, jadi aku dah taw timing dowg hantar barang biasanya dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Aku tak angkat call kerana dalam kelas. Menghormati ilmu adalah penting dalam kehidupan ha3. Balik dari kuliah aku cek peti surat dan seperti dijangka slip pos yang terpampang akan namaku ditinggalkan. Urm..aku sedikit lega barang tersebut sudah sampai akhirnya tapi sekali lagi aku FRUST kerana barang tersebut hanya boleh diambil pada hari esok iaitu SABTU 19 NOV 2011..Sabor je r..Sekian celoteh untuk kali ini...


1 comment:

Anonymous said...

fuhhh memang frust giler kalau camni T.T

Post a Comment