Friday 20 May 2011

Coretan Di Pagi Jumaat

Sempena hari Jumaat yg mulia nie,,Tokey Kopi ingin menyampaikan sedikit pesanan kepada blogger sekalian terutama si lelaki ye...Di dalam Islam pown memg kite digalakkan saling berpesan antara satu sama lain. Owg kate kalo nak jadi bek biar ramai2..   So hari nie tokey nak share sdikit tazkirah yg mungkin kowg mgkin dah penah dengar di sekolah, majlis ilmu, cerita daripada rakan dan etc..  Tazkirah hari ini bertajuk 'Ganjaran untuk orang yg menghadirkan diri untuk menunaikan SOLAT JUMAAT' , sabda:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam menjelaskan tentang kelebihan orang-orang yang menghadirkan diri lebih awal ke masjid pada hari JUMAAT, Baginda bersabda yang maksudnya: "Apabila datang hari JUMAAT, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telor” (HR.Muslim).






Betapa Islam itu agama yang mudah,,setiap perbuatan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t,,so terpulanglah kepada kita sendiri untuk memilih jalan kita ke akhirat..



No comments:

Post a Comment