Saturday 11 June 2011

Kahwin Awal Bolehke?




Hello semua celoteh hari nie bertajuk' Kahwin awal baguske? Biasa r cuti2x sekolah ini banyak gila jemputan majlis perkahwinan.Meriah sungguh ...Seronok tengok orang kahwin dan teringin juga nak kahwin awal..Tapi duit takde..Zaman sekrang nie takde duit beribu-ribu jangan mimpi nak pinang anak dara orang..Maklumlah zaman sekarang RM10k nie kira standard..Bukan maksudnye orang tua perempuan jual anak dowg tetapi keadaan ekonomi sekarang yang menjadikan sebegitu a.k.a LUMRAH kata negara MAJU..Tetapi sebenarnye adakah perkahwinan ini membebankan pasangan pengantin..Terutama pengantin di awal remaja..Mana nak dapat duit tu semua..Akan nak bagi makan pasir jew tetamu. RM5k tak boleh kahwin kew? ..Erm macam mana nie he3.....

Erk mana nak dapat duit banyak nie..?

Takde duit kahwin gan bantal jew r macam orang nie..Ha3

Aku yang baru berusia 21 tahun pown sebenarnye memang bercita-cita nak kahwin awal..Aku pown dah mengorak langkah bagaimana nak mencapai target aku..Mak aku pown dah cakap,,kalau nak kahwin kumpul duit dulu..Akan kahwin pown nak harapkan mak bapak..Akan kahwin pown nak kena utang gan bank..So macam mana kita yang remaja nie nak kahwin awal (buat kowg yang memang dah bersedia )..Apa yang aku lihat adalah contoh daripada sepupu aku yang baru kahwin baru-baru nie..Dia baru berusia 24 tahun tetapi dah mampu melaksanakan perkahwinan ...So ak pown tanye bagaimana dia buat persediaan kahwin?..Apa jawapan dia? Berikut adalah tips yang berguna:
  • Jangan terlalu ikutkan trend perkahwinan yang terlalu mewah (iaitu ada tema yang melampau)
  • Baju pengantin tak payahlah sampai nak 3-7 pasang..(1-2 sudah cukup)
  • Barang hantaran tak payah nak berbelas-belas (bawah 7-10 pown ok)
  • Wang hantaran ikutlah pada kemampuan si lelaki ( biarlah ikhlas & ikut kemampuan baru perkahwinan itu barakah)
  • Tak payah nak membazir nak jemput DJ atau apa2x persembahan yang melampau (sebaiknye guna jew HIFI kowg lepas tu jemput saudara-mara jadi DJ)
  • Hadiah buat orang yang hadir tu tak payah yang FANTASTIC sangat sebab benda tu akan dicampakkan ke tong sampah akhirnye
  • Kad kahwin kowg buat senditi+design sendiri (kata duduk zaman IT)
  • Makanan kowg tak boleh nak wat apa..Tak boleh nak jimat sangat...BUAT JEW YANG TERBAIK..nasi putih + lauk pown ok...
Kalau mampu macam MAWI takpe r nak buat MEWAH2x

He3 berikut adalah tips untuk kowg yang nak kahwin AWAL+JIMAT+MERIAH..Memang betul tak salah nak bermewah pada majlis perkahwinan kita tetapi sebaiknye biarlah ianya berkadar sederhana kerana ianye dituntut dalam ISLAM..Buat apa kalau nak mewah tetapi menyusahkan kita pada kemudian hari dibebani dengan hutang dan lepas tu berakhir dengan pergolakkan rumahtangga dan seterusnya bercerai..

So tokey harap jangan ada yang terasa..Tokey hanya nak bagi pendapat sahaja..Buat yang mampu takpe ..Itu  duit kowg...Apa pown mintak maaf kalau ada yang TERASA..Manusia itu merupakan insan yang LEMAH.Semoga berjumpa lagi..

ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment