Thursday 16 June 2011

SERIUS: Bukan Mudah Menjadi KAYA & SENANG


Assalamualaikum semua..hari nie tokey tiada kerja di rumah & lonely sebab family pergi CAMERON atas urusan kerja..So malam2x berseorangan tokey pown layan tv r..Malam nie siaran agak bosan r tapi bila tokey tengok satu movie kat TV2 tajuknye The Pursuit Of Happiness lakonan Will Smith dan anaknye Jaden Smith pelakon KARATE KID tu..
Ianye menyentuh perasaan tokey..Cerita nie adalah mengenai bagaimana seorang bapa yang mengalami masalah rumah tangga berusaha menjadi seorang yang berjaya walaupun dilanda begitu banyak KESUSAHAN...Cerita nie adalah adaptasi daripada kisah benar seorang AHLI PERNIAGAAN + BROKER +MOTIVATOR yang berjaya iaitu Chris Gardner..Mungkin kowg dah tengok cerita nie. Bagi tokey cerita nie memang bagus, ianye menunjukkan betapa payahnye ingin mencapai kejayaan. Seseorang perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Biarlah kita susah macam mane tetapi kita perlulah berusaha..Kerana dengan usaha insyallah kita akan berjaya. Dalam Islam sendiri ada menyebut orang yang ingin berjaya perlu berusaha tidak kira sama ada inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat.kedua-duanye perlukan pengorbanan yang besar...

Will Smith & Chris Gardner

Kesimpulanya, kita jangan mimpikan sesuatu yang indah kalau kita hanya berangan - angan. Memang tidak salah berangan-angan kerana angan-angan sebenarnye adalah motivasi dan juga merupakan kunci kepada sesuatu kejayaan. tanpa angan-angan tiadalah keinginan, tanpa keinginan tiadalah niat, tanpa niat tiadalah usaha, tanpa usaha tiadalah kecemerlangan & kejayaan...Untuk mengenali siapa Chris Gardner  sila klik

SEMOGA TERHIBUR

No comments:

Post a Comment