Tuesday 21 June 2011

PEDOMAN : Restu Mak Bapak Kunci Kejayaan Hidup

Assalamualaikum semua..entry kali nie adalah mengenai perjalanan hidup tokey yang agak berliku he3..Entry kali nie tokey nak cerita bagaimana tokey mula memahami konsep 'Restu Oleh Ibu Bapa'..Begini ceritanye, ianye berlaku ketika aku berada dalam sem 2 di UiTM Jengka. Time tu adalah study week.Biasalah lar budak u time study week pergi balik kampung..Aku pown turut pulang ke kampung sebab nak mohon restu mak bapak..Padahal time tu adalah untuk kowg gunakan untuk study he3.

Aku pown balik sebab exam start lambat..Lagi 2 minggu..Biasa r budak lelaki study last minit he3..Bila sampai rumah aku pown macam biasa r cuti berehat and layan PES2009.Pada esok harinye, time tu petang mak aku suruh aku pergi amik adik ak kat bustop sebab dia baru balik dari sekolah. Time tu awal lagi, mak aku pown jemput berbual kat depan rumah tapi aku rasa nak pergi bersiar-siar.Dengan jentera honda wave aku, ak pergi r meronda-ronda.Then sampai satu kampung aku bawak r laju sikit sebab kampung tu tak bnyak rumah.Macam VR46 gak r he3..Jalan kat kampung tu macam HARAM lubang2x.Then sesuatu yang tidak dijangka..Yeah ak eksiden sowg2x ntah pape.Jauh gak r motor aku terseret kat jalan.Dah r pakai short time tu..Pergh rabak kaki aku. Time tu aku tak pikir apa.Macam mana exam aku? Muka aku okay tak? Apa aku nak jawab dengan mak aku? Motor macam mane nie?Aku pown bangunlah dari motor.Check2x semua tangan dengan kaki kanan aku luka teruk.Check muka alhamdulillah..Aku angkat motor, lepas tu baru nak jalan aku dah rasa lain mcam ..Nak pitam, aku tengok tangan kiri dah bengkok OMG tangan aku..Motor aku rantai putus.Memang tak boleh jalan..Nasib baik ada orang lalu kat situ.Jalan tu dah r selalu takde orang.Motor aku tinggal.Sampai depan rumah mak aku dah lain mcam.Bapa aku tetap cool..Dia suruh aku duduk dulu..Dia pergi amek motor dengan jemput adik aku..Mak aku dah risau giler biler tgok ak mcam dah nak pitam balik..Magrib bapak aku suruh solat.Then pergi hospital...

Di hospital..aku dah mcam OKU naik wheel chair..Doktor cuci luka..Pergh macam nak koyak kulit ak DAMN...Then ak duduk kat wheel chair tunggu nak kena x-ray..Pasal tangan ak bengkok...Mak datuk pnye r lame 3 jam ak TERBIAR jew.Dari pintu ak dah mula nampak family gan saudara aku datang...Bayangkan dari pukul 8.00 malam, pukul 12.00 baru aku di x-ray..Ak selesai semua rawatan dalam pukul 3.00 pagi..Setiap 3jam aku dirawat oleh doktor yang jaga aku ..Doktor perempuan memang baik..Cantik pown cantik he3...Setiap 3 jam mesti aku nampak dia he3..Then aku bangun pukul 8.00 pagi time tu family ak yang datang melawat memang ramai.TERSENTUH seh..TOUCHING aku...Time duduk hospital aku cakap dengan mak aku, aku nak balik..Next week exam nie..Doktor tak kasi ak balik, tapi alhamdulilah ada seorang doktor pakar tulang yang lalu kat situ dia kate suruh x-ray aku balik.Then dia kata dia benarkan aku balik..TQ doktor...

Dekat rumah sape lagi yang jage aku..Mak dengan ayah r jawabnye. Aku dah macam budah kecik.Semua benda dowg uruskan.Dowg amek cuti untuk jaga aku.Time tu aku dah fikir nak extend.Tapi aku nekad aku tetap nak amek final exam..Seminggu lepas tu, luka aku dah mula kering tapi tangan aku yang bersimen nie macam mana plak..Atas nasihat saudara-mara, bapa aku sanggup berubat kampung..Namanye sangkal putung.Tapi memang cabaran, beberapa tempat bapa aku pergi, semuanye macam ada halangan.Tukang ubat sakit r, dia dah x buat r dan macam2x.Last sekali, dapat r jugak aku berubat..Pakcik tu kata kenapa lepas eksiden tak terus pergi sini..Biasa jew dia kata tangan aku.Cuma teralih.Aku jenguk kat tepi tingkap banyak giler simen tangan dan kaki orang yang dia dah ubat..Pakcik tu pown buang simen kat tangan aku,lepas tu dia urut..Aku takut gila sebab ingat sakit..Sekali tak rasa pape pown.Cume tia dia pecahkan darah beku kat tangan jew rase macam nak MENYEPAK orang he3.. 2 kali pergi tangan aku rase okay..

Aku siap berubat pada hari khamis..Hari ahad exam aku start..Time tu ak dah rasa sihat..Cuma luka jew belum elok sangat.Luka kat tapak tagan pown alhamdulilah dah baik.Bapa aku [pown pelik macam mana luka kat tapak tangan cepat giler sembuh..Bapa aku kata dia nak antar aku balik JENGKA sebab aku masih tak larat nak nek bas...

Pagi Jumaat aku pown sampai JENGKA tercinta. Time tu aku rase takut sangat sebab ahad ada paper..Killer paper kowt.He3 member aku semua baru tahu aku eksiden..Dowg kate aku mcam tak eksiden pown he3...Aku mase bapa gan mak aku nak balik,aku cakap ahad nie paper fisrt angah..Doakan er.Family aku cakap dowg faham kalau aku tak perform exam nie..Tapi sebenarnye masa aku sakit tu, aku dah niat aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk exam nie..Kesian kot family aku kena jaga aku, amek cuti, antar aku balik..So aku memang nekad r nak dapat DEAN LIST..Family aku cakap dowg akan doakan kejayaan aku setiap hari..Aku start belajar petang jumaat..Time tu member2x semua dah buat past sem..Aku sowg jew terkial-kial nak study..Aku berdoa jew biar aku diberi kemudahan dari ALLAH..Doa orang sakit kan MAKBUL he3..Hari Sabtu aku memang push diri aku untuk hadapi paper killer tu..Ahad pagi aku pown jawab r paper tu.Alhamdulilah aku dapat jawab semua sebab semua macam dah ada dalam kepala...Paper lain aku malas nak citer sebab sama jew kowt he3..

Then bile result keluar..Alhamdulillah doa aku termakbul juga..Aku dapat DL bukan nak bangga tetapi sekadar berkongsi bahawa betapa besarnye restu mak bapak nie..Allah akan merestui kita pabila ibu bapa merestui kita..Time tu family aku pown tak sangka aku boleh perform macam tu sekali.Sebab dowg pown fahan dengan tangan aku yang tak baik lagi...Luka2x lagi..Kesimpulanye.. hormatilah ibu bapa anda dan mintalah mereka merestui dengan apa yang kita lakukan..Insyallah dengan restu itu Allah memudahkan perjalanan kita didunia ini.Mungkin anda semua berasa pelik kenapa aku tidak berjaya walhal aku telah belajar bersungguh2x, menunaikan solat, berdoa dan tawakal..Mungkin anda sekalian lupa akan meminta restu dari ibu bapa anda..RENUNG-RENUNGKAN ^^

Nie r Mak & Ayah tokey kopi

4 comments:

Anonymous said...

hihi panjang cerita tapi sanggup baca sebab best.. org pn baru lepas cedera kat lutut. seminggu tersadai.. betul ape yg tokey tulis tu. restu ibubapa sangat penting. ehem, lain kali ati2 sket bila naik moto. hoho

Kekunci Merah said...

sila naik kereta la. sekian ulasan dari ruzz..hihi

terataiflowerz said...

yup tul tu..pernah exciden sampai sebelah muka terseret kat jln..ajaibnye skrg muke pulih seperti bese...ni gara2 lawan ckp mak...moral of story jgn lawan n mntak restu dr mak ayah

Anonymous said...

salam... nak tny ya... berubat sangkal putung tu kat mana... saya nk pegi berubat juga ni...
kalau ada info boleh email kat fugutiv3@gmail.com...
tq...

Post a Comment